Isnin, 14 April 2014

Binaan dan Hiasan Bhg 2

Kepada pemilik rumah yang ingin melakukan pengubahsuian, anda boleh mendapatkan langkah langkah yang diperlukan dari blog ini,saya akan memulakan dari perkara pokok yang perlu dilakukan sehinggalah ke peringkat melakukan kerja kerja pengubahsuaian.

1). Dapatkan sebut harga dari beberapa syarikat kontraktor.

2). Pemilik perlu mendapatkan Kelulusan dari PBT ( ini termasuk mengupah pelukis pelan bagi mendapatkan lakaran pelan premis yang hendak diubahsuai.Jika pemilik tiada pelukis pelan, tuan/puan boleh terus ke pejabat PBT dimana rumah yang hendak diubahsuai berada dibawah pentabiran PBT tersebut,tanya pada kakitangan dipejabat tersebut,siapa yang perlu anda jumpa untuk melukis pelan premis tuan/puan (biasanya kakitangan PBT ada yang buat part time sebagai pelukis pelan.Tanyalah pada pegawai berkenaan berapa kos untuk lukisan pelan dan minta beliau buat submition.

3).Minta kontraktor costing bertulis agar pihak tuan tidak ditipu.Tanya apa saja pada pihak kontraktor dari harga yang ditawarkan sehinggalah material yang digunakan serta service yang diberikan .Jika pihak kontraktor seolah olah cuba untuk menyorokkan sesuatu lupakan dan pemilik boleh mendapatkan kontraktor baru.

4). Dapatkan pandangan dari rakan /saudara atau mereka yang pernah melakukan pengubahsuaian,
bandingkan harga dan kerja yang akan dilakukan supaya pemilik tidak terpedaya dengan tipu helah kontraktor.

5).Setelah pemilik berpuashati dengan sebut harga dan perkara yang melibatkan material,tya pada pihak kontraktor Method of payment. Ini penting supaya kontraktor tidak melakukan kerja separuh jalan dan supaya setiap apa yg dijanjikan pada pemilik dapat seperti mana dalam penjanjian asal

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan