Ahad, 13 April 2014

Binaan dan Hiasan BHG 1

Dua perkataan yg berbeza dan membawa dua maksud yang berbeza,dlm kerja kerja pengubahsuaian rumah,ramai pemilik rumah keliru dengan dua perkara ini.Jadi disini pihak kami bertanggung jawab dalam memberikan pemilik rumah panduan berdasarkan pengalaman kami dlm kerja kerja pengubahsuan. Binaan merujuk kepada STRUKTUR bangunan,dinding daan sebagainya,sebagai contoh Melakukan penyambungan bhagian dapur atau menambah bahagian hadapan rumah.Atau membina halangan atau fencing diantara dua rumah.manakala HIASAN merupakan elemen tambah dlm kediaman atau bangunan yang diubahsuai tersebut.Sebagai contoh (Pemasangan PABBLE WASH,WALLPAPER dsbnya) Pada kebiasaannya pihak kontraktor boleh melakukan kerja kerja tersebut namun pihak tuan rumah mahupun pemilik bangunan perlu membayar sejumlah Wang untuk mendapatkan perkara tersebut. Pihak kontraktor akan mengesyorkan pada pemilik bagaimana untuk menghias kediaman agar kediiaman tersebut akan lebih menyerlah.Pihak tuan rumah perlu mendapatkan detail dari pihak kontraktor yang dilantik bagi mengelakkan pemilik dari terpaksa membayar satu jumlah yang pada mulanya tiada dlm perjanjian. Ada juga pemilik rumah merasa tertipu dalam kerja kerja pengubahsuaian rumah bila mana ada BARANG atau HIASAN yang pada pemikiran tuan rumah termasuk dalam perjanjian tersebut,namun tiada semasa proses penyerahan rumah.Bila diajukan pada pihak kontraktor, Pihak kontraktor mengatakan ianya tiada dlm terma syarat perjanjian,jika pemilik masih mahukan barang tersebut dipasang maka pemilik perlu menambah sejumlah wang pada pihak kontaktor(Saya akan menjelaskan secara lebih terperinci pada bahagian 2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan